Jika Dota hadir dengan siri animasi Dragon’s Blood di Netflix, pesaingnya League of Legends turut tidak ketinggalan menawarkannya juga menerusi Arcane.
Demi mempromosikannya, pembangun permainan tersebut Riot Games kini membawa masuk empat judul permainan mereka ke Epic Games Store.
Permainan tersebut adalah Valorant, League of Legends, Legends of Runeterra dan Teamfight Tactics. Kolaborasi bersama Epic ini adalah pertama kali dilakukan Riot Games.
Seperti yang dinyatakan, ia adalah untuk mempromosikan animasi Arcane yang akan mula ditayangkan secara global di Netflix bermula 6 November.
Oleh yang demikian, jika anda memasang (install) mana-mana permainan tersebut, secara tidak langsung pelancar Riot Client turut akan dipasang (jika belum pernah ada).
Kemudian, anda boleh melancarkan permainan melalui aplikasi Epic Games atau pun ikon diĀ desktop.
Malah, pada masa yang sama, Epic juga mendapat kelebihan kerana akan ada individu baharu yang bakal memasang aplikasi Epic Games seperti mana yang berlaku terhadap penawaran GTA V secara percuma pada tahun lalu.
Sumber: Epic Games
Baca juga:
-
Epic Game Store Ada Berjuta Pengguna Baru Sejak Bagi GTA 5 Percuma
-
Rasmi – GTA: The Trilogy Diumumkan, ‘Gameplay’ Moden Dan Hadir Untuk Semua Platform
-
Mimpi Jadi Realiti, Sony Rasmi Bawa Permainan God of War Untuk PC