Unifi Mobile telah ditawarkan kepada umum sejak awal tahun lagi. Ketika pelancarannya, pelanggan telah diberikan data LTE percuma sebanyak 20GB. Dalam masa yang sama, pengguna juga dibenarkan untuk mendaftar 5 kad sim.
Tidak lama selepas itu, penawaran tersebut dikurangkan kepada 10GB data LTE, dimana pendaftaran kad sim terhad kepada 3 kad sim sahaja.
Berdasarkan paparan pada halaman sesawang rasmi Unifi Mobile, pelan talian mudah alih tersebut hanya menawarkan data LTE percuma sebanyak 2GB dan terhad untuk kepada 1 kad sim sahaja.
Walaubagaimanapun, TM tidak menyatakan sebarang alasan terhadap penurunan data tersebut.
Sumber: Unifi