Pada 20 November lalu, buat kali ketiga Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Ekonomi Digital (DETF) telah diadakan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu bertujuan bagi menggulung segala usaha pemerkasaan ekonomi digital bagi memangkin pemulihan ekonomi negara sebelum diserap ke dalam kluster-kluster di bawah Majlis Ekonomi Negara dan 4IR Negara.

Kluster-kluster yang dimaksudkan adalah Bakat digital, Infrastruktur Digital dan Data, Teknologi Baharu Muncul, Ekonomi, Masyarakat dan Kerajaan.

DETF yang diterajui secara bersama oleh KKMM dan MOSTI akan memastikan pelaksanaan transformasi digital negara dipercepatkan.

Sekaligus mendorong Malaysia daripada hanya sebagai pengguna teknologi menjadi negara pencipta teknologi.

Sumber: MOSTI