Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dari 1.7 Juta, Jumlah Kenderaan Di Lebuh Raya Hujung Minggu Ini Akan Meningkat Kepada 1.9 Juta

Posted on Oktober 6, 2022

Sempena dengan cuti sambutan Maulidur Rasul hujung minggu ini, pengendali lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira sebanyak 1.9 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya bermula Jumaat ini (7.10.2022) sehingga Isnin (10.10.2022).

PLUS berkata, sejak beralih ke fasa endemik, jumlah trafik harian sepertimana tempoh pra-pandemik adalah sebanyak 1.7 juta kenderaan setiap hari pada hari-hari biasa.

Tetapi jumlah itu dijangka akan melonjak kepada 1.9 juta kenderaan pada hujung minggu ini di mana PLUS menjangkakan ia berterusan di mana pelanggan mereka akan mengambil kesempatan cuti selama 3 hari.

{suggest}

Oleh itu, PLUS menasihatkan supaya pelanggan yang ingin menggunakan lebuh raya pada hujung minggu ini membuat persediaan dan memastikan kenderaan mereka berada di dalam keadaan yang baik bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kesesakan akibat lonjakan trafik tersebut.

Pengguna juga dinasihatkan untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go dan e-Wallet (bagi mereka yang menggunakan RFID) dan memastikannya sentiasa mempunyai baki yang mencukupi dan tambah nilai sebelum memulakan perjalanan untuk mengelakkan kesulitan ketika keluar di plaza tol.

PLUS juga mengesyorkan pengguna untuk memuat turun Aplikasi PLUS supaya boleh merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya.

Sumber: PLUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress