Bersempena dengan promosi 11.11 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Huawei melalui gedung dalam talian rasmi mereka akan membawakan tawaran-tawaran menarik kepada pengguna.
Antara peranti menarik yang anda boleh dapatkan pada 11.11 ini dari Huawei Online Store adalah siri Huawei MateBook bersama-sama potongan harga sehingga RM587 boleh dinikmati seperi dibawah.
Bermula hari ini dan tamat pada 10 November, Huawei ada menawarkan baucar untuk ditebus pada 11.11 nanti.
- Rebat baucar RM250 dijual pada harga RM50
- Rebat baucar RM160 dijual pada harga RM40
- Rebat baucar RM90 dijual pada harga RM30
Huawei turut menambah diskaun sebanyak 5% dan memberi barangan percuma bernilai sehingga RM1000 termasuk langganan percuma Microsoft Office Home 365. Harga yang boleh didapati adalah seperti berikut.
-
Matebook X Pro i7: RM6,999 – rebat baucar RM250 -5% = RM6,412 (Jimat RM587)
-
Matebook X Pro i5: RM4,999 – rebat baucar RM160 -5% = RM4,597 (Jimat RM402)
-
Matebook D : RM2,999 – rebat baucar RM250 -5% = RM2,612 (Jimat RM386)
Untuk yang berminat bolehlah layari gedung dalam talian rasmi Huawei.