Acara Mi Fan Festival merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Xiaomi. Dengan slogan ‘Live smart, buy smart’ pada tahun ini, syarikat teknologi itu mahu menggalakkan penggunaan teknologi pintar dalam kehidupan pelanggan setia mereka.
Lanjutan daripada itu, Xiaomi akan menawarkan potongan harga yang menarik bagi beberapa peranti mereka bermula 7 sehingga 9 April ini di laman e-dagang Shopee dan Lazada.
Redmi Note 9S Edisi Terhad
Selain itu, pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan telefon pintar edisi terhad Redmi Note 9S bersempena Mi Fan Festival 2020. Peranti edisi terhad ini dikeluarkan secara istimewa dengan terdapat ukiran eksklusif logo Mi Fan Festival 2020 dibelakang telefon.
Ia juga didatangkan dengan warna kelabu edisi terhad serta mempunyai 6GB memori dan 128GB ruang storan. Tambahan lagi, setiap pembelian peranti ini disertakan dengan Xiaomi Mi Smart Band 4 yang bernilai RM 149. Pelanggan yang berminat boleh dapatkannya di laman rasmi Shopee dengan harga RM 949.
Xiaomi Malaysia menawarkan potongan harga sehingga 35% pada telefon pintar dan produk ekosistemnya. Penawaran ini terdapat pada dua laman e-dagang iaitu Shopee dan Lazada.
MFF 2020 Lazada
- Xiaomi Redmi Note 9S (4GB+64GB) – RM 699 (Harga asal RM 799)
- Xiaomi Redmi Note 9S (6GB+128GB) – RM 899
- Xiaomi Redmi Note 8 Pro (6GB+64GB) – 769 (Harga asal RM 899)
- Xiaomi Redmi 8 (3GB+32GB) – RM 379 (Harga asal RM 499)
- Xiaomi Redmi 8A (2GB+32GB) – RM 299 (Harga asal RM 459)
- Redmi 20000mAh 18W Fast Charge Power Bank – RM 79 (Harga asal RM 99)
MFF 2020 Shopee
- Xiaomi Redmi Note 9S (4GB+64GB) – RM 699 (Harga asal RM 799)
- Xiaomi Redmi Note 9S (6GB+128GB) – RM 899
- Xiaomi Redmi 8 (3GB+32GB) – RM 379 (Harga asal RM 499)
- Xiaomi Redmi 8A (2GB+32GB) – RM 299 (Harga asal RM 459)
- Xiaomi Mi Smart Band 4 – RM 110 (Harga asal RM 149)
- Mi True Wireless Earphones – RM 229 (Harga asal RM 329)
- Xiaomi 1000mAh Redmi Power Bank – RM 49 (Harga asal RM 59)
- Xiaomi Mi Robot Vacuum – RM 929 (Harga asal RM 1199)
- Xiaomi Mi Air Purifier 2S – RM 499 (Harga asal RM 658)
- Xiaomi Mi Casual Daypack Ligtweight Backpack – RM 10 (Harga asal RM 39)