Baru-baru ini telefon pintar realme 8 5G telah rasmi di Malaysia. Selain itu, realme C25s juga dilancarkan buat pasaran tempatan pada harga RM699.

Terbaru, realme mengumumkan rakyat Malaysia berpeluang membeli peranti ini pada harga serendah RM1 melalui pelan pascabayar Maxis dan Hotlink.

Baca juga – Telefon Gaming Bajet Dengan Bateri 6000mAh Dan Ketahanan TÜV

Melalui pelan pascabayar Maxis, realme C25s boleh didapati pada harga RM1 melalui tiga pakej pelan pascabayar disamping tawaran internet pantas sehingga 100GB beserta panggilan dan SMS percuma setiap bulan.

Selain itu, pengguna Hotlink yang layak Program Jaringan Prihatin juga boleh memiliki realme C25s untuk hanya RM1.

Anda hanya perlu menebus subsidi RM300 dan langgan pascabayar Hotlink 60 untuk nikmati internet pantas Prihatin 60GB secara percuma setiap bulan.

Baca juga – realme Turut Umum Komputer Riba Dan Tablet Pertama Mereka

Untuk ketahui  pakej pelan ini secara penuh dan terperinci, layari pautan ini https://store.maxis.com.my/productdetails/category/mobiles/realme/c25s 

Sumber: siaran akhbar realme