Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bayar parking KL Touch 'n Go

Dapatkan Pulangan Tunai Sehingga RM20 Dari Digi Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet

Posted on Februari 17, 2022Februari 17, 2022

Berita baik khusus kepada pelanggan Digi di mana anda berpeluang menerima pulangan tunai sebanyak RM10 jika anda melakukan transaksi berikut melalui Touch ‘n Go eWallet:-

  • Digi Prepaid – Tambah nilai RM30 dan ke atas melalui fungsi ‘Prepaid’ Touch ‘n Go eWallet (tidak termasuk Kredit Internet) dalam satu transaksi; atau
  • Digi Postpaid – Bayar RM50 dan ke atas melalui fungsi Bil ‘Postpaid’ Touch ‘n Go eWallet dalam satu transaksi.

Setiap pengguna hanya boleh mendapat 1 kali pulangan tunai untuk Digi Prepaid dan Digi Postpaid, masing-masing.

Bermakna setiap pengguna Digi boleh mendapat pulangan tunai maksimum sebanyak RM20 sekiranya pengguna melakukan transaksi yang layak untuk Digi Prepaid dan Digi Postpaid.

Pulangan tunai itu pula akan dikreditkan terus ke akaun Touch ‘n Go eWallet anda selepas transaksi yang layak berjaya dilaksanakan.

Tempoh promosi ini adalah bermula dari 16 Februari 2022 sehingga 15 Mac 2022, termasuk kedua-dua tarikh tersebut.

Sumber: Touch ‘n Go 

Baca juga:

  • Kad Touch ‘n Go Dengan NFC Akan Diperkenalkan Untuk Mudahkan Tambah Nilai
  • Mudah, Perkhidmatan Kerajaan Kini Sokong Pembayaran e-Dompet
  • Senarai Bank Dan e-Dompet Yang Menyokong DuitNow

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress