Sempena sambutan Hari Malaysia, Garmin Malaysia mengumumkan promosi istimewa ke atas barisan produk mereka di Shopee dan Lazada yang terdiri daripada pelbagai model jam keluaran mereka.

Promosi ini berlangsung dari 1 September sehingga 19 September 2021 ini.

Garmin Malaysia menawarkan diskaun sehingga 13% ke atas siri jam Garmin Instinct, Garmin Lily dan Garmin Forerunner.

Bagi siri jam Garmin Instinct, promosinya berlangsung dari 1 September sehingga 19 September 2021 di Lazada dan Shopee.

Manakala bagi model jam Garmin Lily dan Garmin Forerunner pula, promosinya akan bermula dari 9 hingga 19 September 2021.

Jadi jom rebut peluang ini untuk memiliki jam sukan Garmin pada harga yang lebih berbaloi.

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi dan ciri-ciri jam Garmin ini layari laman rasmi Garmin Malaysia.