Hari ini Huawei telah mengumumkan kempen 9.9 super sale seluruh Malaysia. Pelanggan boleh menikmati potongan harga sebanyak 90% di Huawei Store, Lazada dan Shopee.
Jualan promosi ini hanya satu hari dan akan terdapat flash deals, must buy items dan produk terbaru. Menariknya, pelanggan boleh mendapatkan diskaun secara atas talian yang bernilai RM 199 bermula 2 September hingga 9 September.
Berikut adalah empat promosi yang ditawarkan Huawei:
1. Huawei Flash Deals
Pada 9 September jam 10.08 pagi, jualan produk ini adalah serendah RM 9.90.
2. Huawei Must Buy
Bagi pengguna yang mencari peranti flagship, terdapat produk seperti Huawei Mate 30 Pro, MateBook D 15 dan MateBook 13.
3. Baucer RM199
Bemula 2 September hingga 9 September, pengguna yang mempunyai baucer online boleh menggunakannya di Huawei Store dan Lazada. Namun, hanya produk terpilih sahaja dan dalam kuantiti yang terhad.
4. Produk Terbaru Huawei
Promosi ini juga terdapat produk-produk yang baru dilancarkan Huawei termasuk Freelace Pro dan Watch Fit.