Bermula hari ini sehingga 27 Oktober, pihak Vivo Malaysia dengan kolaborasi ThunderMatch (TMT) akan mengadakan tawaran hebat sempena ulang tahun ke-22 jelajah ThunderMatch di Plaza Lowyat, Kuala Lumpur nanti.
Pembeli yang membeli Vivo NEX 3 ataupun Vivo V17 Pro ketika jelajah tersebut dapat membeli peranti tersebut dengan 5% diskaun apabila mereka menggunakan QR Razer Pay.
Pembeli juga akan mendapat hadiah terima kasih daripada Vivo Malaysia dan TMT iaitu:
- Percuma kotak hadiah Vivo
- Percuma pemberat pintar Vivo
- Percuma baucer TMT
- Percuma Power Bank
Vivo NEX 3 merupakan peranti flagship dengan skrin “air terjun” yang melimpah ke sisi skrin. Manakala Vivo V17 Pro pula merupakan kelas pertengahan premium yang memfokuskan kepada fotografi. Vivo NEX 3 tersedia dalam warna Glowing Night, manakala V17 Pro dalam warna Crystal White dan Knight Black.