Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dapatkan Diskaun 37% Produk Acer Predator Sempena Pertandingan Valorant

Posted on Julai 22, 2021

Valorant Challengers Tournament (VCT) merupakan salah satu pertandingan e-sukan terbesar buat permainan yang kian popular sekarang, Valorant. Kini, Predator diumumkan sebagai rakan rasmi PC Gaming dan komputer riba bagi Valorant Challengers Malaysia dan Singapura.

Buat makluman, peringkat ketiga pertandingan tersebut telah berlangsung bermula 2 Julai dan akan berakhir pada 8 Ogos 2021. Pasukan Todak dan Paper Rex akan berentap dengan 6 pasukan lain untuk merebut hadiah yang terkumpul sebanyak RM40,000.

Kesemua agents dalam Valorant boleh digunakan dan peta seperti Bind, Haven, Split, Ascent dan Icebox adalah tempat yang mereka akan berlawan.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada kerjasama yang dijalankan ini, peminat yang menonton siaran langsung perlawanan tersebut berpeluang untuk memenangi produk Predator seperti fon kepala Predator Galea, tetikus Predator Cestus dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, Predator turut menawarkan 37% diskaun untuk produk Acer Predator yang terpilih menerusi laman rasmi mereka.

Oleh itu, bagi anda peminat tegar Valorant, saksikan pertandingan ini menerusi siaran langsung di Twitch dan Facebook.

Sumber: Siaran Akhbar Acer

Baca juga artikel berkaitan:

  • Riot Sahkan Akan Ada Valorant Mobile
  • Pemain Malaysia Siap Sedia Untuk Cuba Apex Legends Mobile
  • Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress