Bagi mengembangkan lagi pembayaran tanpa tunai menerusi e-dompet, Touch n’ Go sudah sedia mengaktifkan kaedah tersebut di cawangan kedai serbaneka 7-Eleven seluruh negara.
Dalam usaha untuk menarik lebih ramai lagi pengguna, Touch n’ Go e-Wallet kini menawarkan promosi cashback dan ia bakal berlangsung sehingga hujung tahun.
Sudah dijalankan sejak 1 November lepas sehingga 7 November 2019 depan, pengguna yang membelanjakan RM11 keatas dalam satu resit dan membayar menggunakan Touch n’ Go e-Wallet, cashback bernilai RM7 akan diberikan sebanyak satu kali.
Bagi pembelian RM20 dan keatas didalam satu resit yang dibayar menerusi Touch n’ Go e-Wallet pula akan menerima cashback bernilai RM4 serta ia dihadkan sebanyak dua kali bagi satu akaun e-dompet tersebut dan ia bakal bermula pada 8 November 2019 sehingga 31 Disember 2019.
Jadi bagi anda yang mahu menikmati tawaran cashback tersebut bolehlah lakukannya sepanjang tempoh ia dijalankan.
Sumber: TnG Digital