Kurang 24 jam lagi, kempen Jimat Air 1.0 yang membolehkan anda mendapatkan baucar bernilai RM200.00 ke atas pembelian mesin basuh dengan ciri penjimatan air di Shopee akan tamat.

Kempen tersebut yang turut mendapat kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menggalakkan orang ramai untuk menggunakan mesin basuh jimat air.

Bagi membolehkan anda layak menyertai kempen ini, pastikan ShopeePay anda telah disahkan.

Baucar RM200 itu akan dikreditkan secara automatik ke bahagian “My Voucher”  kepada pengguna yang telah berjaya mengesahkan akaun ShopeePay mereka bermula 24 September ini.

Jadi, bagi mereka yang belum mengesahkan akaun ShopeePay mereka, bolehlah segera berbuat demikian dan rebut peluang terbaik ini untuk memiliki mesin basuh jimat air idaman anda.

Untuk info lanjut, layari laman https://shopee.com.my/m/jimatair.