Dalam tempoh 5 tahun ini iaitu dari tahun 2017 sehingga 2021, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) dilaporkan telah mencatatkan penurunan dalam penguasaan pasaran rangkaian mudah alih di Malaysia.
Dalam Laporan Prestasi Industri 2021 yang diterbitkan oleh MCMC, dapat dilihat bahawa Digi mencatatkan penurunan yang agak ketara di mana pada tahun 2017 dahulu, penguasaan Digi dalam langganan rangkaian mudah alih telah menurun sebanyak 1.4%.
Kemudian pada tahun-tahun berikutnya, penguasaan Digi terus menunjukkan penurunan dari 27.4% (2017) kepada 27.2% (2018), 24.5% (2019), 22.8% (2020) dan menjunam kepada 21.6% (2021).
{suggest}
Walaubagaimanapun, Digi masih kekal sebagai syarikat penyedia rangkaian telekomunikasi mudah alih ke-2 terbesar di Malaysia setakat 2021.
Sementara Maxis pula masih kekal sebagai peneraju utama rangkaian telekomunikasi mudah alih di Malaysia dengan penguasaan pasaran sebanyak 27.4%.
Diikuti Digi (21.6%), Celcom (18.7%) dan U Mobile (16%).
Sumber: MCMC