Laporan sebelum ini menjangkakan bahawa telefon boleh lipat Samsung, iaitu Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 akan diperkenalkan sekitar bulan Ogos 2021.

Malah, beberapa imej komputer juga telah banyak dikongsikan di internet sejak kebelakangan ini. Terbaharu, dua peranti tersebut dilihat telah melepasi pengesahan di Indonesia.

Galaxy Z Fold3 mempunyai nombor model SM-F9268 yang di senaraikan sebagai Project Q2. Manakala Galaxy Z Flip3 pula hadir dengan nombor model SM-F711B dan digelar sebagai Project B2.

Walaupun tiada perincian lanjut mengenai telefon tersebut tetapi apa yang dapat dipastikan adalah ketibaannya kini semakin hampir.

Dikhabarkan Galaxy Z Flip3 dikuasakan Snapdragon 888, RAM hingga 8GB serta storan 128GB. Sementara Galaxy Z Fold3 mungkin didatangkan cip Snapdragon 888+.

Sumber: 91mobiles

Baca juga – Samsung Memperlihatkan Sistem Operasi One UI Untuk Jam Tangan Pintar

Baca juga – iPhone 12 Pro Max Tewas, Ini Skor Grafik Cip Exynos Dengan GPU AMD