Oleh kerana sudah ramai menggunakan platform dalam talian untuk membeli barangan keperluan, Lazada telah menambah kemudahan pembayarannya.

Pelanggan yang membeli barangan di Lazada secara cash on delivery (COD) kini ada pilihan “DuitNow QR”. Ia membenarkan pelanggan lakukan pembayaran tanpa tunai menerusi imbasan kod QR apabila menerima pesanan.

Berikut adalah cara untuk membayar menggunakan DuitNow QR:

Selain memudahkan proses bayaran, ia dapat meningkatkan keselamatan dan mampu mengelakkan proses penipuan dan scam. Tetapi pilihan pembayaran ini hanya tersedia untuk produk yang dihantar oleh kurier LEX buat masa sekarang.

Disamping itu, anda boleh dapatkan diskaun RM5 dengan belanja minimum RM30 (kod: LAZCOD5) apabila membuat bayaran pertama melalui DuitNow QR di aplikasi MAE.

Untuk ketahui mengenai DuitNow QR dengan lebih terperinci, layari pautan ini https://lzd.co/PaymentOnDelivery.

Sumber: siaran akhbar Lazada

Baca juga – Kempen “Support Lokal” Lazada Tawar Diskaun Sehingga 50%

Baca juga – vivo Tawar Lanjutan Waranti Dan Khidmat Pelanggan Online