Demam PlayStation 5 masih hangat lagi dimana jualan rasminya dijadualkan berlangsung pada 11 Disember. Bagi memeriahkan lagi suasana, TIME Internet kini telah mengadakan promosi daftar Time Fibre Broadband 1Gbps akan disertakan dengan PlayStation 5 secara percuma.

Walaupun begitu, hanya pelanggan bertuah sahaja layak memenangi konsol popular tersebut. Pemenang PlayStation 5 Blu-Ray (termasuk Google Play Gift Card RM50) akan dipilih berdasarkan daftar langganan TIME Broadband ke-50 yang diluluskan.

Selain itu, setiap daftar langganan ke-10 yang diluluskan akan layak menerima Google Play Gift Card RM50. Untuk pengetahuan anda juga, setiap langganan TIME Broadband 1Gbps yang berjaya dibuat pula akan disertakan dengan 1 nod mesh WiFi secara percuma.

Promosi ini akan berjalan bermula dari 8 Disember 2020 sehingga 22 Disember 2020. Bagi anda yang berminat untuk mendaftar dan merebut peluang hadiah istimewa yang ditawarkan ini, boleh tekan pautan dibawah.

Pendaftaran yang diluluskan dan layak menerima hadiah akan diumumkan oleh Involve Asia Technologies Sdn Bhd pada 8 Februari 2021 melalui e-mel.

Klik pautan untuk daftar:
https://invol.co/cl215ri