Garena hari ini mengumumkan berkolaborasi dengan bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo dalam permainan mereka iaitu Free Fire.

Menerusi ini, Cristiano Ronaldo yang akan menjadi duta secara tidak langsung hadir sebagai watak di dalam permainan tersebut yang bernama Chrono.

Watak Chrono ini juga akan mempunyai event permainan tersendiri yang digelar Operation Chrono dimana terdapat beberapa elemen dan ciri baharu dalam Free Fire.

 

Kolaborasi ini juga adalah untuk memberikan pengalaman menarik untuk para pemain seluruh dunia dan menyatukan permainan dengan bintang bola sepak terkenal tersebut.

Dalam pada itu, Cristiano Ronaldo juga meluahkan rasa teruja dengan kerjasama ini untuk permainan Battle Royale terkenal, Free Fire.

Permainan Free Fire boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple App Store dan juga Google Play.