Sekitar 6 bulan lepas, Valve telah mengumumkan kehadiran permainan video Counter-Strike 2 yang membawakan pelbagai ciri baharu dari segi peta, sistem, kandungan dan lain-lain.
Kini, CS2 tersebut sudah tersedia untuk dimuat turun dan dimainkan secara percuma di platform Steam. Secara tidak langsung, ia memberikan satu pengalaman permainan video baharu dan berbeza berbanding generasi terdahulu.
Untuk pengetahuan anda, Valve menggunakan enjin Source 2 untuk menghasilkan game ini. Ia adalah perisian yang sama disebalik pembangunan Dota 2 yang telah diperkenalkan oleh mereka.
{suggest}
Dengan kehadiran Counter-Strike 2 ini, ia pasti akan membawa kembali kenangan-kenangan dan nostalgia ketika memainkan game tersebut pada waktu remaja.