Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cooler Master Tawar Gantian Aksesori Komputer Yang Rosak Sebab Banjir

Posted on Disember 31, 2021

Banyak syarikat penghasilan komputer seperti Asus dan Acer menjalankan program bantuan banjir. Cooler Master, syarikat aksesori komputer ini juga turut menawarkan program bantuan banjir dengan menggantikan aksesori jenama mereka yang rosak akibat banjir.

Menerusi laman Facebook Cooler Master, mereka akan menerima proses RMA untuk semua aksesori mereka seperti tetikus, papan kekunci, fon kepala dan bekalan kuasa (PSU). Pengguna hanya perlu menghantar mesej pada Facebook mereka untuk pertanyaan lanjut.

Program ini bermula dari 26 Disember 2021 dan akan berlangsung sehingga 31 Januari 2022 tertakluk pada terma dan syarat.

Sumber: Facebook Cooler Master

Baca juga:

  • Setelah Apple, Xiaomi Pula Yang Beri Sumbangan Kepada Mangsa Banjir
  • Boleh Mula Mohon Dan Semak Untuk Terima Bantuan Keluarga Malaysia
  • Bukan Hanya Untuk Isi Minyak, Setel Kini Boleh Diguna Untuk Kedai Juga

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress