Permainan video Control kini boleh dimuat turun secara percuma di Epic Games Store sekarang sehingga 17 Jun 2021.

Permainan yang dijual pada harga RM 123.99 itu merupakan permainan video yang pernah memperoleh lapan pencalonan di The Game Award 2019, lapan pencalonan di 23rd Dice Award selain turut dicalonkan sebagai Game of The Year oleh kedua-dua anugerah ini.

Control adalah permainan video 3rd person shooter – action-adventure keluaran tahun 2019 yang dicipta Remedy Entertainment dan diterbitkan oleh 505 Games. Secara ringkasnya, permainan ini berkisar mengenai Federal Bureau of Control, sebuah agensi rahsia Amerika Syarikat yang diberi tugas untuk menyelidik tentang fenomena-fenomena alam yang melanggar hukum-hukum realiti.

Untuk info lanjut: boleh ke https://www.epicgames.com/store/en-US/p/control