Siapa yang tidak kenal dengan Conor McGregor yang merupakan seorang jaguh dan bintang sukan bela diri campuran Ultimate Fighting Championship (UFC).

Kini beliau dilaporkan telah menjadi karektor utama dalam sebuah judul permainan untuk peranti mudah alih iaitu Dystopia: Contest of Heroes. 

Pemilihannya sebagai watak utama bagi judul permainan itu adalah menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat pembangun permainan mudah alih yang berpangkalan di Eropah iaitu Beetroot Lab.

Permainan Dystopia: Contest of Heroes yang telah dilancarkan secara rasmi pada tahun lepas telah digelar sebagai “the best mobile strategy game”.

Malah untuk tahun ini, Conor McGregor menerusi laman instagram rasminya menguar-uarkan bahawa kejohanan dunia permainan Dystopia: Contest of Heroes itu akan diadakan tidak lama lagi.

Jadi kepada peminat bintang sukan UFC ini atau mahu mencuba permainan tersebut, bolehlah memuat turun permainan tersebut ke dalam telefon pintar anda masing-masing melalui Google Play untuk peranti Android, AppGallery untuk peranti Huawei atau App Store untuk peranti iOS.

Sumber: Gamers On Duty