Bulan yang lalu, OPPO telah mengumumkan ColorOS 12 yang berasaskan Android 12. Kini, bagi pengguna Find X3 Pro di Malaysia dan Indonesia, anda sudah boleh mencubanya kerana versi beta umum telah pun ditawarkan.
#ColorOS12 beta upgrade based on #Android12 is here! 💡
All #OPPOFindX3Pro users in 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 and 𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚 are able to apply now. 🌏
Let your new @Android journey begin! 🏁 Stay tuned for more countries to be covered. pic.twitter.com/OmKenQ9VzS— ColorOS (@colorosglobal) October 4, 2021
Imbas kembali, ColorOS 12 menampilkan rekaan antara muka serba baharu yang mereka gelarkan sebagai ‘borderless design’. Selain itu, terdapat juga ciri FlexDrop, Smart Sidebar 2.0 serta beberapa peningkatan lain termasuk privasi dan keselamatan.
Tidak perlu khuatir jika anda tidak dapat menjalankan versi beta kerana OPPO akan melancarkan versi stabil semasa acara mereka yang bakal berlangsung pada 11 Oktober ini.
Setakat ini, OPPO merancang untuk menawarkan ColorOS 12 untuk lebih 110 peranti. Seperti biasa, pengguna bakal menerimanya secara berperingkat selepas ia dilancarkan secara rasmi nanti.
Oleh itu, sama-sama kita nantikan perincian lanjut mengenainya minggu hadapan.
Sumber: XDA
Baca juga: