Hari ini, “sepatutnya” ColorOS 12 dilancarkan. Nampaknya, memang benar bahawa pembantu AI OPPO – breeno tidak salah.

OPPO akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran sistem operasi mereka itu pada 16 September ini. Ia merupakan sistem yang berasaskan Android 12 dan percubaan beta dijangka akan ditawarkan terus buat pengguna siri Find X3.

Manakala versi stabilnya mungkin hadir bulan Oktober depan. Selain itu, OPPO turut dikhabarkan untuk melancarkan produk lain pada hari yang sama seperti telefon pintar, jam tangan pintar dan mungkin tablet.

Sumber: gsmarena

Baca juga: