Android 12 nampaknya sudah hampir kepada versi stabil setelah melepaskan beta 4.1 tempoh hari. Kini, ia mungkin akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Ini kerana terdapat laporan mengatakan ColorOS 12 yang berasaskan Android 12 bakal ditawarkan pada 13 September. Ia didedahkan oleh Breeno, iaitu pembantu AI OPPO.

Bermakna, Android 12 pasti akan dilancarkan terlebih dahulu. Bagaimanapun, OPPO sudah mengemaskini jawapan tersebut dengan menyatakan “stay tuned”.

Apa-apa pun, kita perlu menunggu pengumuman rasmi daripada Google dalam masa terdekat ini.

Sumber: weibo

Baca juga: