Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

COD: Mobile Mungkin Ditamatkan Secara Berperingkat Atas Sebab Ini

Posted on Mac 9, 2023

Isu pemerolehan Microsoft ke atas Activision Blizzard masih lagi berpanjangan dan tiada noktah hinggalah ke hari ini.

Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran UK (CMA) menyatakan pemerolehan tersebut boleh menjejaskan persaingan dalam industri konsol gaming.

Microsoft mengatakan COD: Mobile berkemungkinan besar akan ditamatkan secara berperingkat (untuk kawasan luar China) apabila Warzone Mobile dilancarkan nanti.

Ketika ini, COD: Mobile mempunyai battle pass dan ekosistemnya tersendiri yang dibangunkan oleh TiMi Studios, anak syarikat Tencent.

Sementara itu, Warzone Mobile pula akan menggunakan sistem cross-progression seperti Genshin Impact. Maksudnya, pengguna boleh memainkan Warzone Mobile di Platform PC, mobile mahu pun konsol.

Oleh itu, kita boleh faham kenapa Activision memilih untuk menyatukan ekosistem Call of Duty.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat rasmi berkenaan status data dan barang-barang yang telah dimiliki pemain dalam COD: Mobile apabila ia ditamatkan nanti.

{suggest}

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress