Coca-Cola dan Riot Games melancarkan perisa edisi terhad baharu daripada Coca-Cola Creations. Ia merupakan kolaborasi pertama dua syarikat itu.
Kata syarikat, “Coca-Cola Ultimate Zero Sugar menawarkan Rasa Poin Pengalaman (+XP) kepada para peminat dan pemain bagi meraikan setiap langkah perjalanan mereka – tidak kira perjuangan pertama di Summoner’s Rift ataupun di peringkat akhir Worlds untuk mengejar Summoner’s Cup.”
Apa rasa +XP? Jangan tanya saya.
Pemain League of Legends boleh mendapatkan emote Ultimate edisi terhad dengan menyelesaikan satu siri misi yang diaktifkan mengikut urutan:
- Dapatkan tujuh ‘assits’ dalam satu permainan untuk mendapatkan emote Ultimate Teamplay.
- Dapatkan 12,000 emas dalam satu permainan untuk mendapatkan emote Ultimate Gains.
- Menangi satu permainan dalam masa kurang dari 20 minit untuk emote Ultimate Tempo.
Emote Ultimate akan tersedia sampai 18 Julai, jam 11:59 malam (Waktu Standard Pasifik).
{suggest}
Selain itu, jika pengguna mengimbas kod QR pada tin Coca-Cola® Ultimate Zero Sugar, mereka akan dibawa ke Coca-Cola Creations Hub, iaitu hub pengalaman digital Coca-Cola Creations.
Antara tawaran menarik yang tersedia di Coca-Cola Creations Hub ialah Ultimate Emote Generator, filter Instagram yang membolehkan pemain menggayakan diri dengan emote League of Legends untuk dikongsikan di media sosial.
Sumber: Siaran Akhbar Coca-Cola