Seperti yang diketahui, Clubhouse merupakan aplikasi media sosial yang memfokuskan kepada komunikasi berasaskan audio. Sejak dilancarkan pada Disember tahun lalu, populariti aplikasi itu telah meningkat naik dengan jumlah muat turun yang melebihi 8 juta di App Store.
Sehingga kini, ia hanya ditawarkan untuk peranti iOS sahaja. Bagaimanapun, pada Februari lepas, Clubhouse dilaporkan telah mula membangunkan aplikasi itu untuk peranti Android.
— Clubhouse (@Clubhouse) April 11, 2021
Terbaru, aplikasi Clubhouse untuk peranti Android dijangka akan dilancarkan bagi versi beta seawal Mei 2021. Hanya selepas itu ia akan tersedia kepada umum untuk peranti Android.
Today they said they’ll launch the beta in May. After that they’ll roll out the android version as fast as they can to everyone on Android.
— Salman (@salmananjum27) April 11, 2021
Mengambil kira penawaran fungsi yang seumpamanya dari Twitter (Spaces), Discord dan lain-lain, boleh dikatakan langkah yang dilakukan oleh Clubhouse adalah agak perlahan.
Berkemungkinan untuk masa akan datang, aplikasi ini perlu menambah baik dengan pelbagai fungsi yang lebih menarik untuk terus bersaing dengan platform yang lain.
Apa pula pendapat anda mengenainya?
Sumber: Clubhouse