Clash of Clans membuat kenyataan di laman media sosial X mengatakan permainan video mudah alih mereka telah boleh dimainkan di PC bermula 23 Oktober 2023.
🚨CLASH OF CLANS is officially LIVE on PC!
Available NOW through Google Play Games, download it today and battle on your widescreen monitor!
Find out more details about our global launch below! 👉https://t.co/mJk565LEwI
Download the game now!https://t.co/un26qWbRGj pic.twitter.com/H8C0p86LQ4
— Clash of Clans 🎃 (@ClashofClans) October 23, 2023
Supercell, syarikat yang membawa Clash Of Clans dan Clash Royale serta beberapa permainan video yang lain ke pasaran dunia mengatakan dengan Supercell ID, pemain Clash Of Clans dan Clash Royale di telefon pintar tidak akan mengalami kesulitan untuk log masuk ke akaun sedia ada mereka di PC.
Sehubungan dengan itu, anda tidak boleh log masuk di telefon pintar dan PC dalam masa yang sama.
Jika anda mahu memuat turun permainan video ini ke dalam PC, anda perlu memuat turun Google Play Games (beta) terlebih dahulu sebelum memuat turun Clash Of Clans dan Clash Royale.
{suggest}
Sumber: Clash of Clans