Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ciri Tersembunyi Microsoft Edge Yang Pastinya Anda Tidak Tahu Sangat Berguna

Posted on November 10, 2022

Selepas 3 tahun diperkenalkan, pelayar Microsoft Edge yang berasaskan Chrome telah menjadi pelayar kedua paling popular di dunia ketika ini.

Walaupun ia berasaskan Chrome, tapi tidak semestinya ia sama sepertimana pelayar Google Chrome.

Ini kerana, sepanjang tempoh 3 tahun ini, Microsoft telah memuatkan pelbagai ciri menarik untuk pengguna pelayar tersebut menjadikan ia berbeza dan lebih menarik.

Salah satu ciri baharu yang telah pun dimuatkan dalam pelayar Edge adalah adalah dalam bulan September lalu.

Walaubagaimanapun mungkin ramai yang tidak sedar dengan ciri baharu ini yang dikenali sebagai  “Show sidebar“.

{suggest}

Berikut adalah cara untuk mengaktifkan ciri tersebut:-

1. Klik pada ikon … seperti rajah di bawah dan pilih Settings.

2. Kemudian klik pada Appearance dan lihat bahagian Customize toolbar. Di dalam bahagian ini anda boleh lihat tetapan bagi mengaktifkan ciri Show sidebar seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

3. Apabila tetapan itu diaktifkan, anda akan dapat lihat di bahagian tepi sebelah kanan antaramuka pelayar Microsoft Edge dipenuhi dengan pelbagai ikon.

Antara ikon-ikon yang dipaparkan adalah ikon Search, Discover, Shopping, Tools, Games, Microsoft Office dan Outlook serta butang +.

Anda boleh menyembunyikan ikon-ikon dengan ciri yang tidak diperlukan atau juga menambah ikon-ikon lain dengan pelbagai fungsi lain dengan klik pada butang +.

Di sini anda boleh mengaktifkan pintasan ikon bagi pelbagai servis termasuklah Apple Music, Spotify, Messenger, WhatsApp, Gmail, YouTube dan banyak lagi.

Malah anda juga boleh menetapkan ikon laman sesawang kegemaran anda pada bahagian Sidebar ini sebagai pintasan yang akan lebih memudahkan anda untuk mengakses laman sesawang tersebut.

Walaubagaimanapun, ciri ini hanya boleh memuatkan satu laman sesawang sahaja di bahagian Sidebar.

Selain itu juga, anda boleh melakukan ujian kelajuan internet terus dari pelayar ini dengan klik pada ikon Tools dan tekan butang Start di bahagian Internet speed test.

Tetapan bagi mengaktifkan atau nyahaktifkan ciri Show Sidebar ini juga boleh diaktifkan dengan pintasan kekunci CTRL+SHIFT+/.

Sekian, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress