Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ciri-Ciri Baharu Dalam Kemas Kini Windows 11 Seterusnya

Posted on Oktober 3, 2022Oktober 3, 2022

Microsoft telah melancarkan  Windows 11 Insider Preview Build 25211 di saluran pembangun (Dev Channel).

Terdapat banyak isu diselasaikan selain pembaharuan juga diperkenal.

Antara masalah diselesaikan termasuklah isu pemaparan “Date, time and time zone settings are incorrect” dan butang Copy, Paste, Empty Recycle Bin yang tidak berfungsi.

Teruskan menatal ke bawah untuk mengetahui perkara-perkara baru mengenai kemas kini ini.

{snap}

Akses Task Manager melalui Taskbar

Dengan Windows 11, Microsoft telah membuang akses Task Manager melalui klik-kanan Taskbar.

Tetapi dengan kemas kini terbaru Insider, mereka telah kembalikan butang Task Manager apabila pengguna klik-kanan Taskbar.

Ini bermaksud dalam kemas kini versi stabil kelak, anda boleh mencapai Task Manager dengan lebih mudah selain klik kanan butang Start.

{snap}

Snipping Tool

Satu lagi berita baik, Snipping Tool dalam binaan kali ini akan terus menyimpan gambar secara automatik.

Maksudnya, selepas saja anda selesai pilih kawasan yang mahu ditangkap layar, sistem terus menyimpannya ke dalam storan tanpa bertanya pada anda.

Fungsi ini pastinya melancarkan gerak kerja.

{snap}

Graf Perfomance dalam Task Manager

Graf prestasi dalam Task Manager yang membenarkan anda memantau ‘kesibukan’ CPU, GPU, RAM, cakera kini hadir dalam warna yang lebih lutsinar (transparent).

Kata Microsoft, ia dapat membantu pengguna melihat graf dengan lebih jelas.

{snap}

Isu ‘crash’ bila tukar nama hotspot

Dalam kemas kini versi beta ini juga, Microsoft telah membaiki masalah Settings yang ‘crash’ apabila pengguna menukar nama hotspot mobile.

Jika anda tidak tahu, sebenarnya komputer/komputer riba anda boleh berfungsi sebagai hotspot jika ia tersambung pada Wi-Fi.

Ketahui cara buat ‘hotspot’ di Windows 11

{snap}

Isu File Explorer ketika mod skrin penuh

Windows 11 File explorer may add this much-desired feature in upcoming 22H2 update - WinCentral

Terdahulu, sesetengah pengguna hadapi masalah untuk mengakses bahagian atas File Explorer apabila membukanya dalam mod full screen (F11).

Ini menyebabkan mereka tidak dapat menggunakan kotak carian dan alamat dengan optimum.

Namun, versi terbaru Insider ini telah menyelesaikan masalah ini.

{snap}

Widget

Dalam binaan Insider terkini, Microsoft memisahkan pemilihan widget dan tetapan Widget bagi memudahkan pengguna mengaksesnya.

Anda perlu menekan butang “+” untuk memilih dan menambah widget  manakala untuk tetapannya, anda boleh menekan butang “Me”.

Sumber: Windows

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress