Jika anda belum tahu, ciri “Swipe Up” di Instagram Stories bukannya boleh diakses semua pengguna aplikasi tersebut. Ianya terhad kepada pengguna berprofil bisnes dengan pengikut melebihi10 ribu atau akaun “Verified”.

Terkini, laporan mengatakan Instagram sedang menguji untuk meluaskan lagi ciri perkongsian pautan itu tetapi dalam bentuk pelekat.

Menurut ketua produk Instagram, Vishal Shah, ia menggunakan sistem pautan sama seperti Swipe up tetapi lebih mudah dengan hanya perlu tekan.

Namun, ujian ini dijalankan kepada kelompok kecil dahulu untuk memantau jenis pautan yang dikongsi. Terutama pautan yang mengandungi maklumat salah atau spam.

Tambahnya, pelekat pautan ini adalah antara sistem akan datang yang mereka ingin keluarkan jika dapat dijayakan.

Jika ciri ini benar-benar dilaksanakan, akaun yang jumlah pengikut rendah juga boleh berkongsi pautan untuk tujuan promosi produk, bisnes, dan lain-lain.

Sumber: theverge

Baca juga – Instagram Uji Ciri Muat Naik Gambar Di Instagram Web

Baca juga – Tak Perlu “Screenshot”, Twit Dari Twitter Dah Boleh Kongsi Ke IG Stories