OnePlus baru sahaja mengumumkan telefon pintar terbaru mereka OnePlus Nord 2 5G akan dijana cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200.

Tetapi ia bukannya cip standard Dimensity 1200. Keupayaan AI cip ini telah dipertingkatkan dengan tambahan ciri baharu hasil kerjasama dua syarikat ini.

Mediatek Dimensity 1200-AI dapat meningkatkan keupayaan kamera telefon pintar ini dengan teknologi DOL-HDR untuk hasil rakaman lebih dinamik. Bantuan Ai ini juga lebih bijak dalam menghasilkan gambar berkualiti.

Selain itu, cip ini juga menampilkan paparan lebih baik menerusi AI Color Boost, AI Resolution Boost serta Smart Ambient Display. Senang kata, teknologi ini bijak mengawal warna dan keterangan skrin secara automatik.

Akhir sekali, pengalaman ‘gaming’ pada telefon pintar ini juga dipertingkatkan dengan kadar penyegaran tinggi, latensi rendah, serta pengurusan kuasa dan haba yang lebih baik.

Sumber: siaran akhbar OnePlus

Baca juga – Dua Telefon Dibuang Dari Senarai Geekbench, Ini Respon Dari OnePlus

Baca juga – OnePlus Mungkin Akan Memperkenalkan Tablet Dalam Masa Terdekat