Intel baru sahaja mengumumkan cip pemprosesan generasi ke-9 mereka dalam bentuk Core™ dan Corex-X™ yang mengemaskini tawaran mereka kepada pasaran pengguna kebanyakkan dan sistem berprestasi tinggi (HEDT).
Siri Intel® Core™
Untuk pasaran kebanyakkan, Intel® Core i9-9900K, Core™ i7-9700K dan Core™ i5-9600K disasarkan untuk pengguna desktop, menawarkan cip dengan kiraan teras sehingga 8 teras dan 16 bebenang. Cip ini masih boleh digunakan bersama-sama chipset siri 300 atau Z390 yang terbaru. Intel juga mengembalikan Solder Thermal Interface Material (STIM) yang dijangka memberikan rekaan haba yang lebih tinggi kepada rangkaian cip pemprosesan mereka.
- 16 bebenang, 5.0GHz, 16 MB cache dan 40 saluran PCIe (16 CPU + 24 PCH)
- menyokong memori Optane™ dan Intel® Optane™ SSD
- menyokong Thunderbolt 3, USB 3.1 gen 2
Intel® Core™ i9-9900K
Cip flagship untuk generasi ke-9 ini akan dilengkapi memori L3 berkapasiti 16 MB dan cip grafik Intel® UHD 620. Untuk clockspeed pula, i9-9900K akan dikunci pada 3.6GHz dari dalam kotak dan boleh naik sehingga 5.0GHz untuk teras tunggal atau dual core. Clockspeed untuk semua teras pula akan dibolehkan sehingga 4.8GHz.
SKU | Teras\Bebenang | Clockspeed asas | Boost clockspeed | Cache | TDP | Harga |
Core i9-9900K | 8\16 | 3.6GHz | 5.0 GHz (1/2 Core) 4.8GHz (4 Core) 4.7GHz (6/8 Core) | 16MB | 95W | $488 |
Core i7-9700K | 8\8 | 3.6GHz | 4.9GHz (1/2 Core) 4.8GHz (2 Core) 4.7GHz (4 Core) 4.6GHz (6/8 Core) | 12MB | 95W | $374 |
Core i5-9600K | 6\6 | 3.7GHz | 4.6GHz (1 Core) 4.5 GHz (2 Core) 4.4 GHz (4 Core) 4.3GHz (6 Core) | 9MB | 95W | $262 |