Khabar angin tentang Apple bakal memperkenalkan pengganti cip M1 sudah mula didengari sejak penghujung tahun lalu.

Terbaru, Nikkei melaporkan yang mana Apple dan TSMC sudah memulakan pengeluaran bagi cip M2 atau mungkin M1X dan dijangka ia akan dimuatkan pada MacBook baharu sekitar pertengahan tahun ini.

Berhubung cip itu, ia dikatakan akan menggunakan pemproses N5P yang baharu dan menurut TSMC cip tersebut bakal menerima peningkatan kelajuan sebanyak 15% dan penggunaan tenaga 30% lebih sedikit berbanding terdahulu.

Selain itu, teras CPU dan GPU juga akan ditambah dan pasti lebih banyak pemproses yang lebih cekap.

Dalam pada itu, laporan daripada IDC juga mengatakan Apple telah mengeluarkan sebanyak 6.69 juta komputer Mac dalam tempoh Januari hingga Mac dimana lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Sumber: Nikkei via 9to5mac