Kemas kini sistem operasi bukan sahaja untuk memperkenal ciri baru, ia juga penting untuk membaiki keselamatan, perisian, pepijat, dan pelbagai ciri supaya perisian sentiasa berada dalam keadaan terkini.

Baru-baru ini Google mengumumkan mereka akan mula mengemas kini Chrome OS sekurang-kurangnya sebulan sekali seperti dilakukan Microsoft.

Baca juga – Google Kini Boleh Memadam Akaun Gmail, Photos Dan Google Drive Tanpa Kebenaran Anda

Sebagai antara perisian yang popular dan paling banyak digunakan, ia terdedah kepada risiko dan bahaya perisian hasad atau pepijat.

Jadi, melakukan kemas kini yang lebih berkala adalah langkah yang baik dan selari dengan komitmen Google terhadap pelayar web Chrome.

Kata Google, ia adalah untuk menyampaikan ciri baru dengan lebih pantas disamping memfokuskan keselamatan, kestabilan, kelajuan, dan kekemasan Chrome OS.

Dengan ini, kemas kini Chrome OS 92 telah dijadualkan pada 27 Julai, Chrome OS 93 pada September, dan seterusnya pada bulan berikutnya.

Baca juga – Tips Gunakan Google Chrome Dengan Lebih Mudah

Sumber: Chromium Blog