Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
live stream china

China Wajibkan ‘Influencer’ Ada Kelayakan Bila Bercakap Tentang Bidang Profesional

Posted on Jun 24, 2022Jun 24, 2022

Kerajaan China mengeluarkan notis yang wajib dipatuhi ‘influencer’ atau pempengaruh di sana dalam menyiarkan kandungan mereka ke internet.

Jelas National Radio and Television Administration (NRTA), ia demi menyeragamkan kelakuan pempengaruh, etika profesional dan menggalakkan pembangunan industri yang sihat.

Terdapat 18 Perkara (Artikel) dinyatakan yang perlu diteliti dan dipatuhi mereka yang berada dalam industri yang semakin rancak ini.

Antara ‘pantang-larang’ yang dijelaskan termasuk:

  • Artikel 8: Mengekalkan ‘sound screen’ yang baik, persembahan, kostum, solekan, bahasa, kelakuan, pergerakan badan dan gambar ditunjukkan haruslah beradab dan sopan, sesuai dengan cita rasa orang ramai.
  • Artikel 11: Individu harus dengan jujur mengisytiharkan pendapatan dan melaksanakan kewajipan cukai mengikut undang-undang.
  • Artikel 13: Bagi siaran langsung (live broadcast) yang memerlukan tahap profesional tinggi (seperti perubatan, kewangan, pendidikan), individu perlu mempunyai kelayakan profesional dan melaporkannya pada platform tersebut. Platform perlu menyemak kelayakan individu/pempengaruh.
  • Artikel 14: Tidak dibenarkan menerbitkan kandungan memburukkan, memutarbelit kepimpinan Parti Komunis China.
  • Artikel 14: Pemaparan makanan palsu, makan berlebihan, pembaziran, makanan palsu, muntah dan sebagainya yang menyebabkan penggunaan diet yang tidak baik dan demonstrasi sisa makanan.
  • Artikel 14: Menggunakan teknik pemalsuan seperti ‘face swap’ untuk memalsukan, mengubah wajah pemimpin, tokoh, sejarah Parti, sejarah dan lain-lain.

Ini hanya beberapa bahagian saja. Untuk membaca keseluruhan senarai, anda boleh bacanya di sini.

Mengikut KPMG, industri live streaming di negara itu dijangka bernilai sekitar 1 trilion yuan (RM657 juta) pada tahun 2020.

Jadi, tidak hairanlah kerajaan mereka mula melaksanakan peraturan ketat ke atas mereka yang terlibat dalam industri terbabit.

Gambar utama: Insider

Sumber: NRTA

Baca juga:

  • China Dilapor Mahu Jadikan Angkasa Lepas Sebagai Ladang Solar Bumi Baharu
  • ‘Sinkhole’ Diliputi Hutan Berusia Jutaan Tahun Ditemui Di China
  • Sebab ‘Mining’ Dah Tak Berbaloi, Pelombong Kripto China Terpaksa Jual GPU Secara Lelong

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress