Pasukan saintis China telah menemui mineral baharu di bulan yang dinamakan Changesite-(Y). Nama tersebut diambil daripada nama dewi bulan China, Chang’e.
Mineral ini ditemui dalam sampel debu dan batuan yang dibawa pulang dari Bulan oleh China dalam Misi Chang’e 5 mereka yang pertama pada tahun 2020.
Ini meletakkan China sebagai negara ketiga dunia yang menemui mineral baharu di bulan selepas Amerika dan Russia.
{suggest}
Tambahan lagi, penemuan Changesite-(Y) ini adalah yang mineral keenam yang ditemui oleh manusia di bulan sana.
Menariknya lagi, Changesite-(Y) adalah sebuah mineral fosfat dan unsur fosforus (F) adalah salah satu elemen yang penting dalam pertanian moden.
Jadi mungkin ini adalah satu langkah besar dalam sejarah manusia ke arah merealisasikan operasi pertanian di atas bulan pada masa akan datang.
Sumber: South China Morning Post