China kini dilaporkan telah memulakan siasatan ke atas syarikat Alibaba Group kerana didakwa mengamalkan anti monopoli dalam pasaran negara itu.

Pentadbiran Negara dan Peraturan Pasaran China mengatakan Alibaba mengamalkan “pilih satu antara dua”, iaitu dengan menjadikan mereka yang berniaga di platform e-dagang itu terpaksa menjual secara eksklusif di Alibaba. Pilihan tersebut menjadikan peniaga terpaksa melupakan penjualan di platform  pesaing seperti JD.com dan Pinduoduo.

Bagi pihak Alibaba, mereka menyatakan akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan berkaitan amalan anti persaingan ini. Sementara itu, perniagaan syarikat masih beroperasi seperti biasa.

Dalam tempoh yang sama, laporan turut menyatakan Ant Group, syarikat lain yang turut diasaskan oleh Jack Ma, telah dipanggil oleh pihak berkuasa untuk membincangkan mengenai beberapa perkara termasuk keperluan untuk mematuhi semua peraturan.

Sumber: Techcrunch