China dilaporkan merancang mahu menghasilkan papan selaju (skateboard) yang mampu terbang.
Bukan sekadar terbang sahaja tetapi ia berupaya mampu terbang setingg 3,000 meter.
Penerbangan ujian skateboard yang dikuasakan dengan enjin jet itu dijadualkan akan dibuat China pada tahun hadapan.
Menurut kontraktor pertahanan bagi program angkasa lepas China dan senjata hipersonik yang berpangkalan di Beijing yang membangunkan teknologi itu, peranti berlepas menegak kecil yang dikuasakan oleh empat enjin mikro-turbojet dikatakan mampu mengangkat seseorang atau kargo seberat lebih 100kg sehingga ketinggian maksimum 3,000 meter.
Dengan bantuan sistem kawalan penerbangan pintar yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan, “mengoperasikan kenderaan itu adalah semudah papan selaju,” Beijing Institute of Power Machinery.
Sumber: South China Morning Post