Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

‘Check-In’ MySejahtera Turun 98% Selepas Tidak Diwajibkan

Posted on Mei 18, 2022Mei 18, 2022

Bermula Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April lalu, Kerajaan telah melonggarkan banyak perkara terutamanya keluar masuk pintu negara.

KJ kemudian mengumumkan mulai 1 Mei 2022, imbasan kod MySejahtera apabila masuk ke premis sudah tidak diwajibkan. Jadi, penduduk dan rakyat Malaysia tidak akan dikenakan tindakan jika tidak mendaftar ‘check’in’ di MySejahtera.

Mengikut data daripada Github MySejahtera, aplikasi itu mencatatkan 17,410,393 ‘check-in’ pada 30 April. Hari seterusnya di mana kelonggaran ini mula dikuat kuasa, ia menjunam ke 4,562,842.

Penurunan ‘check-in’ antara hari terakhir ia diwajibkan dan hari pertama kelonggaran diberi adalah sebanyak 75%.

Hari seterusnya iaitu 2 Mei iaitu Hari Raya Aidilfitri, angka itu sekali lagi turun kepada bawah 4 juta buat pertama kalinya dengan catatan 1,787,442 ‘check-in’.

mysejahtera

Tidak terhenti di situ, angka ini sekali lagi turun bawah 1 juta bermula 8 Mei dengan rekod 910,950. daf

Data terbaru, iaitu untuk 15 Mei 2022, hanya 387,766 check-in direkodkan.

Daripada 17 juta ke 400 ribu, ini bermakna sekitar 98% ‘check-in’ sudah turun berbanding hari terakhir ia diwajibkan.

Terdahulu, bilangan ‘check-in’ ini sudah pun mencatatkan penurunan mengejut selepas dakwaan penjualan sistem MySejahtera kepada pihak ketiga pada harga RM338 juta beberapa bulan lepas.

Sumber:

Baca juga:

  • Nak Buang Aplikasi MySejahtera? Eh, Nanti Dulu
  • ‘Check-In’ MySejahtera Menurun 25% Sejak Jumaat Lalu
  • MySejahtera Kini Boleh Kesan Penyakit HFMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress