Syarikat DS Automobiles telah mengintegrasikan kecerdasan buatan generatif iaitu ChatGPT ke dalam sistem DS IRIS mereka dan tersedia untuk DS 3, DS 4, DS 7 dan DS 9. Selain DS, Mercedes Benz dan GM juga sedang meneroka dan menguji sistem ChatGPT untuk kenderaan mereka.
Menurut pihak DS, mereka hanya memberi peranan kepada kecerdasan buatan ChatGPT untuk mewujudkan perbualan di dalam kenderaan. Pada awalnya, gabungan ini telah mengubah sistem pengecaman suara DS yang asal kepada pembantu digital yang menjawab hampir kesemua soalan daripada pemandu.
Bagaimana ChatGPT berfungsi untuk kereta jenama DS?
Pemandu boleh berinteraksi dengan sistem DS IRIS hanya dengan menyebut “OK IRIS” ataupun menekan butang di bahagian stereng kereta tanpa mengalihkan tangan daripada stereng.
Serasi dengan nama DS Automobiles iaitu “Different Spirit“, CEO DS Automobiles, Oliver Francois, menyatakan tujuan syarikat mereka adalah memberi pengalaman memandu yang unik dan integrasi ChatGPT ini merupakan salah satu inisiatif mereka.
Sehubungan dengan itu, DS Automobiles telah merasmikan fasa perintis kecerdasan buatan SoundHound yang dikuasakan ChatGPT dengan Stellantis, perbadanan pembuatan automotif multinasional, untuk menilai pengalaman daripada 20,000 permintaan pertama.
DS Automobiles juga tidak akan mengenakan kos tambahan kepada pengguna bagi penyepaduan ChatGPT dengan sistem DS IRIS dalam tempoh enam bulan jika langganan dibuat dari 19 October 2023 sehingga 29 February 2024.
Kenyataan juga telah dibuat apabila teknologi baharu ini berjaya, mereka akan mengembangkan sistem ini ke kereta jenama Citroen dan Jeep.
{suggest}
Sumber: Business Today