Selepas 70 tahun, IKEA kini mengumumkan cetakan katalog tahunan mereka akan ditamatkan. Pertama kali diterbitkan di Sweden pada 1951, sebanyak 285,000 salinan katalog dengan 68 mukasurat telah diedarkan.

Sehingga 2016, Katalog IKEA telah diedarkan sekitar 200 juta salinan dengan 69 versi yang berbeza dan 32 bahasa di lebih 50 pasaran global.

Syarikat itu menyatakan penamatan katalog bercetak ini adalah seiring dengan peralihan IKEA untuk menjadi lebih digital dan mudah diakses. Tambahan pula, jualan dalam talian IKEA pada tahun lalu telah meningkat sebanyak 45% secara global dan lebih 4 juta pelawat direkodkan pada laman web IKEA.

Cetakan Katalog IKEA

Dalam pada itu, IKEA menyatakan buku tribute akan diterbitkan pada musim luruh 2021 nanti. Bagi anda yang ingin melihat koleksi Katalog IKEA, ianya boleh diakses melalui IKEA Museum.

Sumber: IKEA