Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

CES 2023: JBL Perkenal Pembesar Suara Mudah Alih Yang Mesra Alam

Posted on Januari 5, 2023

JBL menyertai acara CES 2023 dengan pelbagai jenis produknya yang terbaharu. Produk-produk ini bermula dari fon kepala, fon putik, serta pembesar suara.

{suggest}

Untuk pembesar suara, JBL telah mencipta sebuah pembesar suara di mana mempunyai ciri “mesra alam” sama seperti model mudah alih Go 3 dan Clip 4.

JBl Go 3 Eco & Clip 4 Eco

Go 3 Eco dan Clip 4 Eco merupakan varian yang sama sahaja seperti Go 3 dan Clip 4 tetapi diperbuat daripada bahan kitar semula. Pembesar suara ini akan dilancarkan pada Hari Bumi iaitu 22 April.

Product photography of JBL Go 3 Eco on a surfboard between a rider's feet.
Sumber: Engadget

Pembesar suara Eco ini menggunakan 90% daripada plastik PCR (Post-Consumer Recycled) untuk pembinaan mekanikal. Manakala untuk jeriji pembesar suara pula, JBL menggunakan 100% fabrik yang dikitar semula.

Pembungkusan bagi produk ini hanya menggunakan kertas yang disijilkan oleh FSC serta dakwat yang diperbuat daripada kacang soya.

Barisan Go 3 mempunyai reka bentuk segi empat tempat dan menawarkan main balik audio selama 5 jam. Untuk Clip 4 pula, pembesar suara ini mempunyai carabiner untuk penggantungan yang lebih mudah dengan main balik audio selama 10 jam lamanya.

Kedua-dua model tersebut dilengkapi dengan ciri kalis habuk dan air IP67 di mana sesuai untuk kegunaan kolam renang atau pantai.

Harga yang ditetapkan sama seperti model biasa iaitu $50(~RM220) untuk Go 3 Eco dan $80(~RM352) untuk Clip 4 Eco.

JBL Pulse 5

Selain daripada itu, JBL juga menambah pembesar suara yang baharu untuk siri Pulse di mana kualiti audio jauh lebih baik daripada pendahulunya.

Two women smiling as they listen to the JBL Pulse 5 speaker with its colorful display.
Sumber: Engadget

JBL Pulse mempunyai lampu LED yang dibina dalamnya untuk bertindak seperti lampu lava digital yang disegerakkan dengan muzik.

Pulse 5 sepatutnya dikeluarkan pada 2022 namun ditangguhkan sehingga tahun ini. Pembesar suara ini memiliki radiator pasif yang lebih besar untuk bass yang lebih mendalam.

Selain daripada itu, woofer untuk Pulse 5 telah diperhalusi untuk menghasilkan frekuensi rendah. Pulse 5 merupakan pembesar suara 360 darjah yang mampu dimainkan audio selama 12 jam sebelum dipasangkan dengan USB-C.

Harga yang ditawarkan bermula dari $250(~RM1,100) namun tarikh pelancarannya masih belum didedahkan.

Sumber: Engadget

Gambar Utama: AppleInsider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress