Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

CES 2023: Intel Perkenal Cip Generasi Ke-13 Dengan 24 Teras

Posted on Januari 4, 2023Januari 4, 2023

Melalui CES 2023, Intel kini telah mengumumkan barisan cip pemproses generasi ke-13nya, yang diketuai oleh Intel Core i9-13980HX, iaitu cip komputer riba 24-teras 5.6GHz yang dikatakan Intel sebagai “pemproses mudah alih terpantas di dunia” dari segi clock speed.

{suggest}

Menurut Intel, dengan kelajuan turbo sehingga 5.6GHz, Intel Core i9-13980HX merupakan pemproses mudah alih terpantas setakat Disember 2022. Ia memberikan sehingga 11% prestasi single-thread lebih pantas serta 49% peningkatan prestasi berbilang tugas, berbanding generasi sebelumnya.

Intel Core i9-13980HX menampilkan 8-teras prestasi, 16-teras cekap dan 32 threads serta Intel Thread Director, bersama-sama dengan sokongan memori sehingga 128GB RAM untuk DDR5 dan DDR4.

Secara keseluruhan, pada acara CES 2023, Intel telah memperkenalkan sejumlah 32 cip yang terdiri daripada siri-H, siri-U dan siri-P.

Sumber: Intel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress