Sebagai kejutan buat semua pelanggannya, Epic Games sedang menawarkan 3 judul permainan yang boleh dimuat turun secara percuma.
Tawaran ini sudah pun bermula dan hanya akan tamat pada 20 Januari 2023 nanti. Jadi anda mempunyai masa selama seminggu untuk mendapatkan 3 permainan tersebut dengan percuma.
3 Judul permainan itu adalah ‘First Class Trouble’ yang berharga RM30.99, ‘Gamedec – Definitive Edition‘ berharga RM95 dan ‘Divine Knockout’ (DKO) (percuma).
Ketiga-tiga judul permainan ini ditawarkan percuma untuk platform komputer Windows dalam tempoh tersebut.
Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan bagi memainkan kesemua permainan tersebut:-
Selain daripada 3 game percuma ini, Epic Games juga sedang menawarkan diskaun untuk pelbagai judul permainan menarik di stor mereka.
Ketahui lebih lanjut dengan melayari laman rasmi Epic Games Store sekarang.
{suggest}