Jika anda masih belum memuat turun 2 permainan ini dari Epic Games, anda masih ada masa sehingga 3 Februari ini bagi mendapatkannya dengan percuma.
Epic Games kini sedang menawarkan ‘Adios’ yang berharga RM39 dan ‘Hell is Others’ berharga RM25.49 secara percuma untuk masa terhad.
Menariknya adalah 2 judul permainan ini tidak memerlukan spesifikasi komputer berprestasi tinggi untuk dimainkan. Cukup hanya dengan spesifikasi sederhana sahaja.
Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan bagi memainkan Adios dan Hell is Others:-
Cuma Adios dan Hell is Others mungkin judul permainan yang kurang dikenali kerana masing-masing dihasilkan daripada pembangun yang kecil.
Adios dan Hell is Others boleh dimuat turun di laman Epic Games secara percuma sekarang.