Seperti semua sedia maklum, Xiaomi kini sedang membangunkan versi terbaru MIUI 13 yang dijangka akan ditawarkan tidak lama lagi.

Tetapi penawaran MIUI 13 kepada semua pengguna peranti Xiaomi dijangka tidak akan dibuat dalam masa terdekat ini.

Walaubagaimanapun, dalam ucapan tahunan yang dibuat oleh CEO Xiaomi, Lei Jun hari ini memberokan bayang bilakah MIUI 13 akan ditawarkan.

Dalam teks ucapannya itu menyatakan MIUI 13 akan ditawarkan pada penghujung tahun ini.

MIUI 13 will be released at the end of the year, and I hope it will live up to everyone’s expectations”. Lei Jun.

Jadi, kemungkinan besar MIUI 13 mungkin akan ditawarkan seawal bulan November atau selewat-lewatnya dalam bulan Disember 2021 nanti.

Bagi model-model peranti Xiaomi yang akan menerima naik taraf MIUI 13 juga tidak dapat disahkan lagi.

Tetapi laporan sebelum ini ada menyatakan bahawa peranti Xiaomi yang dikeluarkan dalam tempoh 2 tahun ini akan menerima kemas kini MIUI 13 nanti.

Bermakna, mana-mana model peranti Xiaomi dari tahun 2019 akan menerima kemas kini tersebut.

Sumber: GizChina

Baca juga: Ini Senarai Peranti Xiaomi Yang Berkemungkinan Besar Menerima Kemas Kini MIUI 13

Pengguna Perlu Tunggu Lagi, Pelancaran MIUI 13 Dilaporkan Ditunda