Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

CEO Axiata Letak Jawatan Selepas Umum Celcom Sedang Cuba Sertai DNB

Posted on Mei 27, 2022Mei 28, 2022

Axiata Group Berhad memaklumkan bahawa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dato Izzaddin Idris akan meletakkan jawatan berkuat kuasa 31 Mei 2022, berdasarkan penamatan kontrak.

Beliau memegang jawatan itu bermula 1 Januari 2021 menggantikan Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Selain itu, beliau juga telah berada dalam lembaga Axiata sejak November 2016 lagi.

Selari dengan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Telekomunikasi dan Naib Presiden Eksekutif Kumpulan, Dr. Hans Wijayasuria dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Vivek Sood akan bersama mengisi kekosongan jawatan tersebut untuk sementara bermula 1 Jun 2022.

Semalam, beliau memaklumkan bahawa Celcom sedang dalam usaha mematuhi tarikh akhir mengambil pegangan dalam DNB.

Sumber: The Edge Market

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress